Thursday, March 19, 2009

CITE MERAPU KETIKA BUHSAN

Pd zaman dahulu, ada sorg puteri yg cantik rupawan. namanye Puteri Shiela. Sejak lahir lagi puteri ini terkena sumpahan. Apa saja benda yang dipegang oleh puteri akan cair. Oleh sebab tu, semua lelaki tak mahu dekat dengan puteri sebab takut, kalau terpegang maka mereka akan cair. Maka susahlah hati Ayahnya kerana tak kawin la puterinya itu. Maka, dengan nasihat perdana menteri, maharaja pun membawa puteri berjumpa dengan seorg bomoh untuk berubat. mengikut kata bomoh tersebut, puteri akan terlepas dari sumpahan jika puteri dapat memegang sesuatu yang tak kan cair. Tapi bomoh itu sendiri pun tak tau apakah benda tersebut. Atas cadangan perdana menteri, Maharaja telah mengistiharkan bahawa..siapa lelaki yang dapat membawa sesuatu, yg apabila puterinya pegang tak cair, lelaki itulah yang akan kawin dgn puterinya itu. Maka pada hari itu, berduyun-duyunlah lelaki dtg membawa benda masing-masing dgn harapan dapat menjadi menantu raja. Kemudian, pertandingan pun berlangsung...Muncul lah lelaki yang pertama, Maharaja : Ha, apa benda yang kau bawa tu? Lelaki #1: Hamba membawa batang logam Titanium. Logam inilah yg paling keras dalam dunia. Pada zaman akan dtg, logam ini menjadi batang golf, bateri dan kapal terbang. Maharaja : Ok, biar puteri Beta pegang benda itu. Lelaki#1: Silakan...... Maka puteri itu pun pegang la logam Titanium itu. Ahhh cair nampaknya logam itu. kecewala lelaki itu, maharaja dan tuan puteri... Muncullah lelaki ke 2..... Maharaja : Ha kamu! Apa yang kamu bawa tu? Lelaki #2: Hamba membawa batu berlian. Mende inilah yg paling keras dalam dunia. Pada masa akan dtg, menda ini bukan saja menjadi perhiasan malah digunakan utk memotong besi dan digunakan utk menggali minyak di dasar lautan Maharaja ; kalau begitu, biar puteri beta mencubanya. lelaki #2: Silakan..... Maka puteri itu pun memegang le Belian tersebut. Ahhhh cair jugak berlian itu nampaknya. kecewa la lelaki itu, maharaja dan puteri... Seterusnya, lelaki-lelaki lain pun mencuba juga tapi malangnya semua benda yang dipegang oleh puteri tetap cair hendaknya...Kemudian muncul lah lelaki yang terakhir. Eh!!!! Dia datang berlenggang je tanpa membawa apa-apa pun! Maharaja : Hey Kamu! Apa yang kamu bawa? Kenapa dtg berlenggang je? Lelaki: Patik ada membawa benda tuanku. Tapi benda hamba tu ada dalam poket hamba ini. Maharaja : Kalau begitu, keluarkanlah benda kamu tu. Biar puteri beta cuba memegangnya. Lelaki : Tak boleh tuanku. Kalau puteri nak memegangnya, selukkan dalam poket hamba ini... Maharaja: Hmmm.....Kalau begitu, baiklah! Maka terpaksalah puteri itu menyeluk dalam poket lelaki itu. Puteri teragak2 sebab puteri tak tahu apa yg ada dalam poket lelaki itu. kemudian puteri terpegang sesuatu...Mukanye merah menahan malu. lelaki itu hanya tersenyum saja. Tiba-tiba puteri menarik tangannya kembali. Puteri berlalu dari situ kerana malu. Maharaja hairan... Maharaja tanya puterinya Maharaja: Anakanda dapat pegang sesuatu?? Puteri : Dapat.... Maharaja : Benda tu cair tak??? Puteri : Tak... Maharaja : Baiklah, dengan ini Beta istiharkan lelaki ini menjadi menantu beta! Lelaki : Heehehehehehe........ Tapi...Apakah yang puteri itu pegang? Kenapa lelaki itu ketawa? dan kenapa benda tu tak cair? Apakah yg korg rasa puteri itu telah pegang? Apa yg korang terlintas dalam kepala hotak korg haaaaa????? Heheheh.... BENDA ITU IALAH....COKLAT M&M CAIR DIMULUT, TIDAK DITANGAN!!!! ERMMMM INGAT APA EH????OTAK TU BIAR BETUL SIKIT TAUUUU....TAK SESUAIII TAU KORANG...

1 comment:

Anonymous said...

HAHAHA....
SENGAL....