Tuesday, April 12, 2011

ROMANTIKA

AMARAN : Kisah ini sangat memeningkan kepala pembaca serta boleh menyebabkan hati sakit. Berjanji kepada diri sendiri agar dapat meneruskan pembacaan sehingga ke abjad terakhir.

Kisah ini bermula dengan katakanlah anda ni graduan segar pada usia 23 tahun lelaki dan mula bekerja sebagai eksekutif sama ada jurutera, akauntan, pegawai dan lain lain kat Kuala Lumpur dengan gaji RM2000 sebulan dan sebelum ni tak pernah pun simpan duit kat bank. Setiap bulan sentiasa tolak kira dari perbelanjaan makanan, pengangkutan, duit eletrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan. Maka katakan lah anda boleh simpan RM800 la biasanya.

Kemudian oleh kerana anda ni boleh dikirakan sebagai anak yang baik, anda pun bagilah duit kat ibubapa anda di kampung lebih kurang RM300 sebulan. Tinggallah RM500 untuk anda simpan untuk bulan tu. Kemudian lepas sudah setahun dengan setiap bulan anda simpan tu, anda ada lebih kurang RM6000 duit kat simpanan anda.

Pada tahun berikutnya iaitu pada umur anda 24tahun, anda pun berjumpa dengan gadis impian anda. Anda dan awek anda ni dah berjanji dan bersetuju nak berkahwin lagi 1 hingga 2 tahun lagi. Cukup la tu untuk bagi masa nak persiapkan keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia', rumah lagi, dengan kereta lagi kan?

Pada tahun itu juga oleh sebab anda ni kuat bekerja, jadi anda pun dinaikkan gaji sebagai 10%. Sebagai lelaki budiman anda mesti nak pastikan yang anda memiliki duit untuk keluar berdating dengan awek anda kan? Jadi 10% gaji anda pun anda habiskan kat awek kesayangan anda ni. Macam juga tahun lepas, tahun ni setelah anda berpulun simpan duit dengan usaha makan meggi je, anda dah simpan sebanyak RM6000 lagi.

Jadi jumlah simpanan anda untuk 2 tahun nie dah RM12,000. Kebetulan pula pada tahun tu syarikat tempat anda kerja tu banyak untung, jadi mereka berikan bonus 2 bulan gaji menjadikan simpanan anda bertambah RM4000. Jadi jumlah simpanan yang anda dah ade sekarang ni ialah RM16000.

Anda ambil keputusan nak laburkan RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta jenama baharu RM40,000. Jadi simpanan anda sekarang ni dah tinggal RM8000. Tahun berikutnya pada umur 25tahun anda masih bekerja macam biasa lagi, tetapi untuk tahun ni oleh sebab anda dah ada kereta, jadi jumlah simpanan untuk sebulan tu pun dah kurang dan menjadikan simpanan RM400. Jadi lebih kurang RM5000 jugak la setahun tu anda menyimpan.

Tiada bonus tahun ni sebab syarikat anda tak banyak untung. Jadi jumlah simpanan anda kat bank ialah RM13,000. Lepas itu anda ambil keputusan nak bertunang dengan awek anda sekarang ni. Si dia berkata ok jadi anda kena la beli cincin pertunangan ye tak? lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan. Jadi jumlah simpanan anda sekarang ni dah tinggal RM11,500.

Tahun berikutnya pada umur 26tahun anda dinaikkan pangkat dan gaji anda pun dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji anda sebelum ni. Itu satu berita yang baik. Anda pun fikir la nak kahwin tahun ni sebab anda pun dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin. Baiklah anda kahwin tahun ni.

Disinilah bermulanya drama Korea. Anda tanya kat awek anda ni "berapa banyak duit hantaran?" kemudian dia pun berkata "berapa-berapa U sanggup."

Anda membalas "RM10,000 ok tak??" ini kenyataan berani mati dari anda yang macam luah ditelan kembali.

Si dia berkata kembali "I ok je. tapi mak I tu dia kata grad oversea macam I ni mana boleh letak rendah-rendah. Paling kurang pun nego RM15,000 tau!" padahal memang si dia yang nak.

"Kepala hotak kau!" dalam hati anda memberontak. "I sayang U tapi I tak mampu la nak cari duit sebanyak tu, macam mana?" anda melafazkan rasa bingung. Awek anda kemudian berdiri "Kalau macam tu U tak payah kahwin dengan I! Buang masa dengan U! Ramai lagi lelaki kaya kat sana yang sanggup berbanding U la! Putus tunang!".

"Kurang ajar!" anda hilang kawalan dan menempeleng awek anda sampai tertoleh 90 darjah kekiri. "Sampai hati U.....sob sob~" berlinangan air mata si dia memegang pipinya yang masih hangat dengan suhu baran dari tangan anda. Kemudian si dia berlari, wajahnya kelihatan seperti hujan di antara air matanya. Anda ingin menjerit namanya namun suara tersebut seperti tersekat di celah halkum, hanya tangan kanan yang mampu anda angkat ke hadapan menghadap belakang badan si dia. Yang sebenarnya anda nak balik cincin pertunangan tu.

Akhirnya kerjaya anda jatuh dipecat kerana jiwa kacau. Syarikat pun tutup. Hidup tidak terurus malah malas dah nak berkahwin. Duit simpanan yang anda kumpul sudah habis ditipu orang. Maka tamatlah kisah romantik kira-kira kahwin anda yang diselubungi kekecewaan.

p/s : wahahaha, rasa macam bangang mengarang cerita macam ni...


cerita asal...http://blogkauapa.blogspot.com/

No comments: