Wednesday, November 23, 2011
Sunday, August 21, 2011
Jenis2 kuih
2. Kuih Paling Seksi = Puteri Mandi
3. Kuih Paling Keji = Taik Itik
4. Kuih Bajet Cute = Cek Mek Molek
5. Kuih untuk Awet Muda = Seri Muka
6. Kuih Paling Alim = Ketayap
7. Kuih dalam Zoo = Badak Berendam
8. Kuih Paling Lembab = Kuih Siput
9. Kuih Paling Aman = Kuih Makmur
10. Kuih Paling Gerun = Lidah Jin
11. Kuih paling jauh = Almond London
Top5 Kuih-Kuih Wajib Makan time Raya....
Entry kali ni aku nak cite top5 kueh raya wajib makan time raya..
so, inilah list kueh raya yg aku rasa patut berada dlm senarai top5.
x kesah la korang setuju ke tidak list ni, suka hati aku la..ahaha
so kita teruskan dgn calon kueh no.1
1.kuih semperit
time raya, mmg xlengkap kalo xde kueh semperit ni, x kesah la semperit mentega ke semperit koko ke, asal ade nama semperit je aku santap..
kalo kueh sembelit jgn citelah, x lalu aku nak mkn.. ahahaha.
kita teruskan pula dgn candidate no 2
2.kuih dahlia
nama kueh pun dah mcm nama bdk pompuan, mana x terliur beb... ahaha.
tambah pulak ade kepingan/hirisan ceri kat tgh2, aku rasa lg best kalo letak 1 ceri kat tgh2 tu. ahaha
kueh ni kalo xde dlm list mmg x sah, mempersembahkan kueh coenflakes madu sebagai calon no.3
3.cornflakes madu
kueh feberet budak2 skolah rendah, kueh nilah paling laku di makan time beraya..
kueh ni mmg wajib dibuat la time raya, kalo xde, mmg x complete la raya taun ni... ahaha
untuk calon no.4, dipersilakan kueh almond london
4.almond london
Kueh ni kalo xde kat tempat jual2 kueh raya mmg x sah.
dah jadi all-time feberet bdk2 dr zaman dulu lg la..
senang cite, kalo x top5, kueh ni top10 la...
5.cornflakes coklat
aku baru tau wujud kueh ni time raya taun lepas, ahaha.
mula2 tgk mcm suspicious lak dgn rasanya. sedap ke x sedap,
sekali ngap sedap la pulak..
asyik slalu mkn cornflakes madu pun bosan jugak kan..
mungkin ade kueh lain yg korang rasa patut berada dlm top5 ni,
tapi ade aku kesah ke.. list ni pun berdasarkan dr selera aku.
jd sukahati akulah, ahaha..
Jadi pada korang, kueh ape yg korang suke mkn..?
Sunday, August 7, 2011
Rancangan Korea??
bosan punya pasal, layan la rncgan korea.
nak layan cite indon ngan amerika latin x kena dgn taste aku lak..
aku pun mmg x ambil pusing sgt pasal rancgn indonesia ni.. ahaha
byk gak la rancangan yg best di tonton antaranya ialah...
1.Family Outing
"Family Outing is the new variety program that's part of SBS's Good Sunday program line up. The hosts are Yoo Jae Suk, Lee Hyori, Yoon Jong Shim, Kim Soo Ro, Park Ye Jin and Big Bang's Daesung. They also include two new family members every trip (1 trip is two episodes long).
They pick a family from the country (usually senior citizens) and give them a vacation while the "Family" takes care of their house. The do house chores and play fun games for entertainment."
setakat ni, rancangan ni dah masuk musim kedua, tp kalo nak dibandingkan, aku lebih suka musim yg pertama dr yg kedua, aku rasa musim yg pertama lg klaka dr musim yg kedua.
selalu aku tonton rancangan ni pada hari rabu, pukul 1.00 pagi.
Nak tau lebih lanjut, klik link ni "Family Outing"
2.Running Man
"This show is classified as an "urban action variety"; a never-before-seen new genre of variety shows and will greatly involve the participation of viewers. The MCs and guests are locked in a landmark during closed hours and are required to leave before opening hours. The first team to leave will win, while the losing team will be punished in the landmark. It has garnered attention as being the come-back program for Yu Jae-suk, the main MC of the program, after leaving Good Sunday's Family Outing in February 2010."
sbb aku tgk rancgan ni sbb ada yu jea-suk dlm rncgan ni, pasal ape pasal dia mmg klaka. haha
lg satu byk artis jemputan dia yg feymes2..
nak tau lebih lanjut, sila klik link ni "Running Man"
3.Strong Heart
"Strong Heart is a show featuring 25 Celebrities. It discusses many hot issues with the guests without boundaries and bringing out laughters. The celebrity who survives the heated discussions to the end will be titled as 'Strong Heart'.
Lee Seung Gi and Kang Ho Dong host the show. The producers are Park Sang Hyuk, Park Kyung Duck, Jung Eek Sung. Also, the writers are Kim Youn Young and Kim Jee Youn. Super Junior's Leeteuk, Shindong and Eunhyuk come every episode for the Teuk Academy Teukigayo. Comedians Jung Ju Ri and Kim Young Chul appear frequently on the show."
aku xdelah slalu sgt tgk rncgn ni, tgk pun bila ada tetamu yg popular dan yg aku knl baru aku tgk..
rancangan nilah yg slalu aku tgk bila time bosan2, ada lg rancangan korea lain yg aku tgk contohnya mcm Heroes, Star king, the Master Show... kalo nak tau lebih, korang tanya jelah kat pakcik Google.. ahaha
Monday, August 1, 2011
SELAMAT BERPUASA
Friday, July 29, 2011
Thursday, July 28, 2011
Tuesday, June 7, 2011
Monday, May 23, 2011
Wednesday, May 11, 2011
Surat Adam Kepada Hawa
Hawa,
Maafkan Adam jika surat ini menyakitkan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang inginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau
asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika
perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.Namun begitu Hawa
kasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras
dari kerak nasi....
Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan. . namun hanya buat
seketika, sebelum kau bosan dengan diriku.Hawa yang kusayangi, aku kau
salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan.Aku disalahkan, tidak
menghulurkan tangan.Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. ..Namun tidakkah
kau terpikir wahai hawa,bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?
Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak
benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,lalu kau merajuk
menjauhkan diri....
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu. ...
Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .Kasarku terhadapmu, kau anggap
penganiaan kaum wanita,Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.....Ku
tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat
main-main... Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat
ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"
Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu. .. dengan
keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap
berilmu.
Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat,namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami
sembunyikan kekuatan kami,Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang
kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar
dengan amarah kami.Tidakkah kau terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan
dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang
mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu?
Fikirkanlah mengapa...
Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi... .
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali
kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa
menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu. .. tanpa melukakan hati Hawa yang
kami cintai....
Monday, May 9, 2011
Wednesday, April 27, 2011
13
"Senarai di bawah adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di
kalangan kamu yang perasan!!!"
Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
6 bandar yg penuh dosa
pattaya adalah surga seks di dunia.pertunjukkan seks dan tarian transexual merupakan tarikan utama pelancong di bandar yang terletak di pesisir teluk thailand,sebelah tenggara bangkok.tidak perlu menunggu malam jika ingin mencari pelacur.mereka boleh ditemui 24 jam.ada juga ditawarkan pondan cantik yang berada di sepanjang jalan di bandar pattaya.
2.Manama,Bahrain - Bandar Pesta
'selamat datang di pesta oasis timur tengah',itulah ucapan selamat datang yang bakal anda terima begitu tiba di manama,bahrain sebuah kawasan yang dekat dengan arab saudi.kalau di arab saudi,kerajaan megeluarkan undang-undang yang ketat dalam menghalang rakyatnya melakukan pesta di negara tersebut,namun di manama,semua perkara boleh di runding.ingin clubbing atau pesta seks?,di manama hal tersebut adalah perkara biasa dan sah.walaupun bandar ini dikenali dengan jumlah penduduk muslim terbesar di kawasan padang pasir.namun mulai 2001,bandar ini sudah mulai bersikap liberal dalam menerima budaya barat.
3.Las Vegas,US - Bandar Judi
Las Vegas adalah surga bagi kaki-kaki judi.semua orang boleh berjudi tak kira siang atau malam.hampir di seluruh wilayah Las Vegas menyediakan tempat untuk berjudi,walaupun belum legal sepenuhnya,pelacur sudah lama menjadi daya tarikan aktiviti di kasino.tidak peduli latar belakang pengunjung,las vegas tetap menjadi tempat singgah terbaik di amerika.'Go and Sin',itulah moto bagi industri judi yang dikendalikan di las vegas.
4.Rio de Jeneiro,Brazil - Bandar Topless
wanita di brazil memiliki pesona kecantikan yang luar biasa.tidak heran jikalau top supermodel dunia berasal dari sini,Rio de Jeneiro adalah salah satu bandar yang memiliki wanita cantik tersebut.cuba kunjungi pantai-pantai di sana,tidak sedikit wanita yang bertelanjang dada lalu lalang sambil bercanda ria.suasana semakin liar ketika matahari terbenam di sudut pantai.sejumlah rumah pelacuran juga didirikan di tepi pantai bagi mereka yang ingin memuaskan nafsu.pelacuran adalah industri yang sah di bandar ini.jika tiba musim karnival,muzik dan wanita seksi membawa anda lebih jauh ke alam fantasi.
5.Moscow,Rusia - Bandar Clubbing
apa yang terjadi apabila negara komunis berganti wajah?.masyarakatnya mengalami kejutan budaya dan menjadi histeria.itu yang terjadi di moscow,Rusia.setiap club malam di sana memutarkan muzik techno hardcore hinggalah ke muzik rock.hampir seluruh anak muda moscow menghabiskan waktu di club.jika ingin mendapatkan teman sosial,hampir semua club malam menyediakan perkhidmatan ini.The Hungry Duck,bar yang menyediakan ladies night tiga kali seminggu serta penari telanjang selama 24 jam.pelacuran memang dilarang di moscow,namun biasanya dilakukan secara sembunyi-sembunyi.
6.Amsterdam,Belanda - Bandar Marijuana
amsterdam memiliki puluhan kafe marijuana,salah satu jenis dadah.marijuana,rokok dan dadah yang lainnya merupakan perkara yang sah di sisi undang-undang di negeri kincir angin ini.tidak ada peraturan yang menyebutkan benda-benda terlarang tersebut harus dijalani dengan prosedur tertentu.kebebasan juga di rasakan pecinta sesama jenis.mereka boleh dengan bebas meng'ikrar'kan hubungan sesama jenis tersebut.mereka di sana tidak meyakini tuhan,jadi tidak ada yang mempersoalkan perkara tersebut di amsterdam.
Goodbye Days PSIS
27/04/2011 04:45 p.m tepat aku BUKAN lagi WARGA POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH (psis) pas aku kuar dari pagar psis..yeah!! skarang ni aku dah bebas dari wat acement, jawab quiz, test & sgala bagai yang berkenaan ngan belajar ni lah! ya!! itu yang aku mahukan stelah 3 tahun aku kat psis. bnyk sangat kenangan pahit dan manis yang aku ade bile aku tinggal kat sana.
SELAMAT TINGGAL PSIS!!!
Tuesday, April 26, 2011
Nuffnang
Monday, April 25, 2011
Mamat Korea dan Mamat Malaysia
Butterfly Effect..
Contoh-Meminjamkan cerita Aku Bertemu Solehku kepada seorang jiran anda bakal menyebabkan demam ABS kepada seluruh penduduk Nairobi disebabkan jiran anda memberi cerita tersebut kepada 2 orang rakannya. Rakannya pula memberi cerita tersebut kepada rakannya yang lain. Rakannya yang lain pula meng-copy paste cerita tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Sedangkan anda cuma memberi cerita tersebut kepada SEORANG jiran. Ataupun sebenarnya Butterfly Effect telah pun bermula seawal anda download ABS. Siapa suruh download kan?
p/s-mmg xde cite Aku Bertemu Solehku pun...
Kita mungkin merasakan perbuatan kita memberikan manfaat kepada diri kita, tapi kita tak pernah fikir bahawa perbuatan kita tersebut memberi mudarat kepada orang lain. Membuang sampah di dalam poket mungkin menjadikan poket seluar kita bersih, tapi sebaliknya anda telah menambah sampah di tempat pelupusan. Kita sering berfikir kita sedang ke syurga, tapi tak pernah sedar bahawa orang lain bakal ke neraka demi kita ke syurga. Bapak tersusun ayat aku ni.. ahaha..
Thursday, April 21, 2011
Tuesday, April 19, 2011
Beware of Fake Xp-Antispyware
Aku dah kene dah...
nak setelkan masalah ni...
sila lihat video di bawah...
100% berkesan
Monday, April 18, 2011
Sunday, April 17, 2011
Lelaki.... Perempuan....
Lelaki:
1. Pandu ke bank, parking dan berjalan ke mesin ATM
2. Masukkan card
3. Tekan number PIN dan jumlah yang dikehendaki
4. Ambil duit, card dan receipt
Perempuan:
1. Pandu ke bank
2. Matikan enjin kereta
3. Perhatikan makeup di muka melalui cermin pemandu
4. Semburkan minyak wangi
5. Sikat rambut dan berjalan ke mesin ATM
6. Mencari Kad ATM di dalam beg tangan
7. Masukkan kad ATM
8. Mencari nombor PIN ATm dekat celah penyepit rambut dalam beg tangan
9. Tekan nombor PIN
10. Membaca arahan ATM selama hampir 2 minit
11. Tekan "Batal"
12. Tekan sekali lagi nombor PIN
13. Tekan "Batal" sekali lagi
14. Telefon suami atau pakwe untuk bertanya nombor PIN yang betul
15. Tekan nombor PIN yang betul dan periksa baki duit yang tinggal
16. Masukkan jumlah yang dikehendaki
17. Tekan "Salah"
18. Masukkan jumlah yang agak besar
19. Tekan "Salah" sekali lagi
20. Masukkan jumlah yang lagi besar
21. Keluarkan dan amik duit dari mesin ATM
22. Masuk ke dalam kereta
23. Periksa makeup di muka sekali lagi
24. Mencari kunci kereta dalam beg tangan
25. Hidupkan enjin kereta
26. Jalankan kereta.
27. Berhenti tiba-tiba
28. Pergi balik ke mesin ATM
29. Ambil Kad yang tertinggal dan resit.
30. Masuk kembali ke kereta
31. Letakkan kad ATM di atas Dashboard
32. Buang resit atas jalan
33. Tengok dekat cermin pemandu
34. Perika makeup sekali lagi
35. Membetul-betulkan rambut
36. Masukkan gear kereta untuk reverse (undur)
37. Brake mengejut lagi
38. Masukkan gear kereta ke depan sebab tersilap tadi
39. Memandu lebih kurang 3 km
40. Baru teringat nak lepaskan hand brake..
Fakta/Auta
1. Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom. Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.
2. Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.
3. Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh mencarut. Kalau tak percaya,cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.
4. Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. "Laksa kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
5. Barbeque adalah makanan yang enak. Namun begitu 'babi queue' haram dimakan oleh orang Islam.
6. Sesetangah orang memanggil cili sebagai cabai. Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'cibai' kat depan orang tua-tua.
7. Membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat dalam mulut.
8. Si Bosia dan Bojan dipandang hina oleh masyarakat. Namun begitu si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.
9. Bermain bola keranjang memang meletihkan. Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.
10. Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.
11. Ramai orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok. (Mesej berunsur dakwah. Sila duduk tahiyyat akhir)
Tuesday, April 12, 2011
Xercise
Xercise GO!!!
Hanya amik masa 7 minit untuk buat
senaman ringan ini..ikut la arahan ni betul2...
ni ala taichi sikit la...
sebagai intro dan warming up..
tiru la macam ni...
untuk melegakan bahu dan leher..
wa..wa.. aaa
gerak kekanan kemudian ke kiri..
gerak ke kiri kemudian ke kanan
ikut je ler... jangan terpusing kepala udah la..
tepuk kuat kuat kat dahi..
ni untuk hilang mengantuk..
dah tu buat gerakan tangan dan badan...
buat macam happy aje..
kemudian goyang2 kaki dan badan sikit...
buat macam takde masaalah...
buat secara aggresive pula...
jangan peduli apa orang lain kata..
hilangkan semua stress..
pusingkan kepala...
tengok muka kat cermin
sambil goyang2.. lawa tak...
akhir sekali
buat joget kucing...
ROMANTIKA
AMARAN : Kisah ini sangat memeningkan kepala pembaca serta boleh menyebabkan hati sakit. Berjanji kepada diri sendiri agar dapat meneruskan pembacaan sehingga ke abjad terakhir.
Kisah ini bermula dengan katakanlah anda ni graduan segar pada usia 23 tahun lelaki dan mula bekerja sebagai eksekutif sama ada jurutera, akauntan, pegawai dan lain lain kat Kuala Lumpur dengan gaji RM2000 sebulan dan sebelum ni tak pernah pun simpan duit kat bank. Setiap bulan sentiasa tolak kira dari perbelanjaan makanan, pengangkutan, duit eletrik, air, telepon, rumah sewa dan lain-lain keperluan. Maka katakan lah anda boleh simpan RM800 la biasanya.
Kemudian oleh kerana anda ni boleh dikirakan sebagai anak yang baik, anda pun bagilah duit kat ibubapa anda di kampung lebih kurang RM300 sebulan. Tinggallah RM500 untuk anda simpan untuk bulan tu. Kemudian lepas sudah setahun dengan setiap bulan anda simpan tu, anda ada lebih kurang RM6000 duit kat simpanan anda.
Pada tahun berikutnya iaitu pada umur anda 24tahun, anda pun berjumpa dengan gadis impian anda. Anda dan awek anda ni dah berjanji dan bersetuju nak berkahwin lagi 1 hingga 2 tahun lagi. Cukup la tu untuk bagi masa nak persiapkan keperluan asas untuk membina 'rumah tangga bahagia', rumah lagi, dengan kereta lagi kan?
Pada tahun itu juga oleh sebab anda ni kuat bekerja, jadi anda pun dinaikkan gaji sebagai 10%. Sebagai lelaki budiman anda mesti nak pastikan yang anda memiliki duit untuk keluar berdating dengan awek anda kan? Jadi 10% gaji anda pun anda habiskan kat awek kesayangan anda ni. Macam juga tahun lepas, tahun ni setelah anda berpulun simpan duit dengan usaha makan meggi je, anda dah simpan sebanyak RM6000 lagi.
Jadi jumlah simpanan anda untuk 2 tahun nie dah RM12,000. Kebetulan pula pada tahun tu syarikat tempat anda kerja tu banyak untung, jadi mereka berikan bonus 2 bulan gaji menjadikan simpanan anda bertambah RM4000. Jadi jumlah simpanan yang anda dah ade sekarang ni ialah RM16000.
Anda ambil keputusan nak laburkan RM8000 sebagai wang pendahuluan untuk beli kereta jenama baharu RM40,000. Jadi simpanan anda sekarang ni dah tinggal RM8000. Tahun berikutnya pada umur 25tahun anda masih bekerja macam biasa lagi, tetapi untuk tahun ni oleh sebab anda dah ada kereta, jadi jumlah simpanan untuk sebulan tu pun dah kurang dan menjadikan simpanan RM400. Jadi lebih kurang RM5000 jugak la setahun tu anda menyimpan.
Tiada bonus tahun ni sebab syarikat anda tak banyak untung. Jadi jumlah simpanan anda kat bank ialah RM13,000. Lepas itu anda ambil keputusan nak bertunang dengan awek anda sekarang ni. Si dia berkata ok jadi anda kena la beli cincin pertunangan ye tak? lebih kurang RM1500 telah dihabiskan untuk cincin pertunangan dan hantaran pertunangan. Jadi jumlah simpanan anda sekarang ni dah tinggal RM11,500.
Tahun berikutnya pada umur 26tahun anda dinaikkan pangkat dan gaji anda pun dinaikkan sebagai 1.5 kali berbanding gaji anda sebelum ni. Itu satu berita yang baik. Anda pun fikir la nak kahwin tahun ni sebab anda pun dah tak sabar dan gersang sangat nak kawin. Baiklah anda kahwin tahun ni.
Disinilah bermulanya drama Korea. Anda tanya kat awek anda ni "berapa banyak duit hantaran?" kemudian dia pun berkata "berapa-berapa U sanggup."
Anda membalas "RM10,000 ok tak??" ini kenyataan berani mati dari anda yang macam luah ditelan kembali.
Si dia berkata kembali "I ok je. tapi mak I tu dia kata grad oversea macam I ni mana boleh letak rendah-rendah. Paling kurang pun nego RM15,000 tau!" padahal memang si dia yang nak.
"Kepala hotak kau!" dalam hati anda memberontak. "I sayang U tapi I tak mampu la nak cari duit sebanyak tu, macam mana?" anda melafazkan rasa bingung. Awek anda kemudian berdiri "Kalau macam tu U tak payah kahwin dengan I! Buang masa dengan U! Ramai lagi lelaki kaya kat sana yang sanggup berbanding U la! Putus tunang!".
"Kurang ajar!" anda hilang kawalan dan menempeleng awek anda sampai tertoleh 90 darjah kekiri. "Sampai hati U.....sob sob~" berlinangan air mata si dia memegang pipinya yang masih hangat dengan suhu baran dari tangan anda. Kemudian si dia berlari, wajahnya kelihatan seperti hujan di antara air matanya. Anda ingin menjerit namanya namun suara tersebut seperti tersekat di celah halkum, hanya tangan kanan yang mampu anda angkat ke hadapan menghadap belakang badan si dia. Yang sebenarnya anda nak balik cincin pertunangan tu.
Akhirnya kerjaya anda jatuh dipecat kerana jiwa kacau. Syarikat pun tutup. Hidup tidak terurus malah malas dah nak berkahwin. Duit simpanan yang anda kumpul sudah habis ditipu orang. Maka tamatlah kisah romantik kira-kira kahwin anda yang diselubungi kekecewaan.
p/s : wahahaha, rasa macam bangang mengarang cerita macam ni...
cerita asal...http://blogkauapa.blogspot.com/
Tuesday, April 5, 2011
hanya orang johor yang faham...
Berkecah - bersepah
Bintat - 'bengkak' akibat gigitan nyamuk
Gebor - selimut
Jerang air - masak air
Mengopes - menyelongkar
Meraban - merepek
Nengok - tengok
Ralit - leka
Rengsa - sakit badan esp. masa demam
Robok - almari
Sador - sedar
Tegak - terus (jalan)
Tesempo - tersipu malu
Terbelkek - sedu
Terpaling - terbalik kanan-kiri