Saturday, May 30, 2009

CINTa = CHinTa

Subject: baca ni jika anda sedang mencari cinta sejati...
Message: mencari cinta sejati..?? baca nie..

1) Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’,‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.




8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba diaakan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’



16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala.Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada,jangan pernah mensia- siakan)

HARAM MENIKAHI GADIS SATU KAMPUNG

Haram menikahi gadis satu kampung.

JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun
2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN
GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat
sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan
bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan
terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM
untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa
sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi
gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang
wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung...!!!

hehehehehe...

jgn marah ye, kite pun terkena jugak. Senyum² selalu... (",)

PAGAR DIRI DARI SIHIR

Di bawah ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda..ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) - Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar
tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang adasupaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". (Riwayat al Bukhari.)

Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslimyang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat
oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh
Allah S.W.T.kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W: Ertinya: "Sucikanlah
jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada
seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya
seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walaupun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah!Ampunilah
dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci.'
(Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.)

Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat
berjemaah Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim
bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap
sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang
untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya
merasuk,menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasulullah
S.A.W.telah bersabda: Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya
akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah
dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik).

Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah
mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam
boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W.
pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
(Riwayat al Bukhari dan Muslim).

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi
syaitan. Oleh itu ia akan mencuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ketandas. Di dalam sebuah buku
seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia
pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas,baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan
syaitan".

Riwayat al Bukhari dan Muslim. Maksudnya adalah
berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah.

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan anannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:

"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya,dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah
berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan
orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu
daya."
(Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya
baik).

Pagar Ketujuh (7) - Berwuduk sebelum tidur, membaca ayat-ayat al Kursi dan
berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa
syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca
ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan
sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi''.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu
Hurairah tersebut sambil berkata: "Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ia sendiri
sememangnya penipu."
(Riwayat al Bukhari).

BERITAHU PD MUSLIMAH ITU....

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...