Wednesday, March 18, 2009

aku dah x pakai lesen P lagi.... yuhu...

pada 14.3.2009 merupa tarikh keramat bagi jejaka kutubambu apabila berjaya menghilangkan huruf P pada lesennya....
huhu...

Monday, March 16, 2009

DOTA

kenape aku satu team ngan noob???
ada satu mlm tu bdk2 SIT ajak lwn ngan bdk DTK, tpi yg pro2 sume dah gi lwn ngan bdk DNS, maka tinggallah aku sorang budak DTK yg pro pegi melawan budak SIT....
BUDak SIT pun sorang je PRO yg lain noob abis.. memandangkan aku sorang je, aku terpaksa berkumpulan dgn budak mana tah aku pun x tau, team aku 3 lwn 4 orang....
aku guna venomancer, teammate aku guna baratrum ngan rikimaru, tapi sume xleh pakai... item mcam cikai. aku dah siap butterfly, dia baru nak siap aku...
aku dah kill 12 kali... mati 10 kali pun sebab diarong ni la... x abis2 kena fresh meat ngan pudge je... panas je bontot dibuatnye... rasa mcm nak penyepak team mate aku... ada tanker tp xleh pakai... ada hero killer tp x kill2... aku sorang je yg asyik kill...
sedih2 aku pun x tau ape yg sedang aku mencakapi ni....

Sunday, March 8, 2009

Salam mAulidur Rasul......

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya

Wednesday, March 4, 2009

PERHATIAN!!!!!!!!!!!!

ARghhhh......
LAptop Aku Kena Format lagi....
keje leceh tul lah.... virus jalang mane tah yg rosakkan laptop aku ni...
ingat senang ke nak format... nak driver lagi..... nak cari software lagi...
x pasal2 aku tukar dr xp ke vista home premium....
nasib baik vista home premium ni x lembabkan laptop aku...
agak berbulu gak aku tunggu laptop aku siap diformatkan...
lama gak la... dlm 3 jam lah... huhuhu