Wednesday, May 11, 2011

Surat Adam Kepada Hawa

Kepada Hawa yang dikasihi

Hawa,
Maafkan Adam jika surat ini menyakitkan hatimu. Sesungguhnya aku adalah Adam,
teman yang inginkan dirimu semasa kesunyian di syurga dahulu. Kau
asalnya dari tulang rusukku yang bengkok.Jadi tidak hairanlah jika
perjalanan hidupmu sentiasa inginkan bimbingan dariku.Namun begitu Hawa
kasihku, kejadianmu dari tulang rusukku yang paling keras. Lebih keras
dari kerak nasi....

Hawa, kau sinar hidupku. Penuh cahaya kebahagiaan. . namun hanya buat
seketika, sebelum kau bosan dengan diriku.Hawa yang kusayangi, aku kau
salahkan, atas kesalahan yang kau lakukan.Aku disalahkan, tidak
menghulurkan tangan.Aku dipersalah, tidak mendidikmu.. ..Namun tidakkah
kau terpikir wahai hawa,bagaimana buntu kami kerna ingin mendidikmu?

Dengarlah kata-kataku ini, dan sangkallah ia jika kata-kataku tidak
benar. Marahku padamu kau anggap tidak menyayangi,lalu kau merajuk
menjauhkan diri....
Tegurku padamu kau anggap menyibuk, mengongkong, menghalang kebebasanmu. ...
Lalu kau meninggikan suara terhadapku.. .Kasarku terhadapmu, kau anggap
penganiaan kaum wanita,Lalu kau masukkan ke dalam surat khabar.....Ku
tegur dengan penuh lemah lembut,kau tak dengar, kau buat
main-main... Aku merajuk, kau cakap, "mengada-ngada, buat tu salah, buat
ni salah, abg kurung ajelah syg kat dalam botol, baru puas hati abg"

Hawa yang kuhormati...
Janganlah terusan membebani kami, dengan kedegilanmu. .. dengan
keegoanmu, kesombonganmu, dengan keangkuhanmu apabila dirimu kau anggap
berilmu.

Sesungguhnya Hawa,
Kami punya tubuh yang kuat,namun kami lemahkan sendi-sendi kami, kami
sembunyikan kekuatan kami,Sesungguhnya Hawa, Kami punya suara yang
kasar, amarah yang kuat, namun kami lembutkan suara kami, kami sabar
dengan amarah kami.Tidakkah kau terpikir mengapa? Tidakkah kau hairan
dengan layanan kami terhadap kamu? Tidakkah kau pelik, harimau yang
mengganas dimedan perang, jinak bila berada dipangkuan kamu?
Fikirkanlah mengapa...

Dapat jawapannya?
Dapatkah kau lihat bagaimana baiknya layanan kami terhadap kamu?
Sekarang sudahkah kamu lihat apa yang boleh kau pelajari dari kami?
Sudahkah kau lihat bagaimana kami cuba mendidikmu?
Namun sukar untuk kamu faham wahai Hawa yang kusayangi... .
Kerana jarang sekali kau memerhati, Kebaikan diri kami, jarang sekali
kau sedar, Betapa berhati-hatinya kami cuba mendidikmu, tanpa
menyinggung dirimu, tanpa menyakitimu. .. tanpa melukakan hati Hawa yang
kami cintai....

1 comment:

ira said...

prnh jumpa surat nih.. huhu