Monday, April 25, 2011

Butterfly Effect..


AMARAN- Entri ini agak membosankan, baca dengan risiko sendiri... AHHA






Butterfly Effect - "Perubahan kecil yang berlaku pada sesuatu keadaan mungkin menyebabkan perubahan yang lebih besar dalam jangka masa panjang"


masih x paham ayat diatas... biar aku bg contoh...


Contoh-Meminjamkan cerita Aku Bertemu Solehku kepada seorang jiran anda bakal menyebabkan demam ABS kepada seluruh penduduk Nairobi disebabkan jiran anda memberi cerita tersebut kepada 2 orang rakannya. Rakannya pula memberi cerita tersebut kepada rakannya yang lain. Rakannya yang lain pula meng-copy paste cerita tersebut kepada rakan-rakannya yang lain. Sedangkan anda cuma memberi cerita tersebut kepada SEORANG jiran. Ataupun sebenarnya Butterfly Effect telah pun bermula seawal anda download ABS. Siapa suruh download kan?


p/s-mmg xde cite Aku Bertemu Solehku pun...


Kita mungkin merasakan perbuatan kita memberikan manfaat kepada diri kita, tapi kita tak pernah fikir bahawa perbuatan kita tersebut memberi mudarat kepada orang lain. Membuang sampah di dalam poket mungkin menjadikan poket seluar kita bersih, tapi sebaliknya anda telah menambah sampah di tempat pelupusan. Kita sering berfikir kita sedang ke syurga, tapi tak pernah sedar bahawa orang lain bakal ke neraka demi kita ke syurga. Bapak tersusun ayat aku ni.. ahaha..


Konklusinya.. setiap keputusan yang anda putuskan walaupun kecil tapi mungkin ia akan memberikan kesan yg berbeza mungkin di masa hadapan.. jadi buatla keputusan dgn bijak sebelum membuat keputusan. mcm repeated je ayat ni..


aku pun x tau apesal aku wat entri haram jadah mcm ni.. yang baca entah faham entah tidak..
lalu secara ridak langsung bukan menjadi Butterfly Effect malah menjadi Bedebah Effect dimana anda yang sedang membaca entri akan membuat muka rasa mcm nak shoot je budak yg buat entri ni.. tula sape suruh baca.. padan muka hang pa...


No comments: